Salam Ceria

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera Diucapkan kepada pengunjung Blog ini,tidak ketinggalan juga kepada pendengar setia Radio Online CeriaFM yang sentiasa memberi sokongan kepada kami sejak hari pertama Radio ini beroperasi iaitu pada Oktober 2008.
Radio ini dihasilkan dengan kerjasama beberapa orang rakan Dj Internet diantaranya Dj Zulkarnain,Dj Tuan,Dj Ricky,Dj Iwans,Dj Fazrul,Dj Azfarul,Dj Jack,Dj DewaCInta,Dj Hans dan beberapa orang perseorangan seperti ButterFly,Abang Faris,Abang Gen,Rai_anna,iRis^aNgeL,AmoY Liena,Umi,Strom,King Jeco,Shuwen dan Cherry.

Tidak juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat insan yang teristimewa iaitu Dj Ibumisali yang sering memberi semangat kepada team Admin dari dulu sehingga kini,teringat lagi kata-kata Dj Ibumisali dimana beliau seringkali membimbing dan menyunting semangat kepada Admin CeriaNet sehingga ke hari ini bagi menghasilkan sesuatu yang terbaik buat Team Network CeriaNet.

Walaupun Dikatakan agak baru dalam dunia radio internet ini,Namun CeriaFM meneruskan langkah dengan membuat beberapa penambahan dari segi pengambilan dj baru yang boleh dikatakan mempunyai pelbagai genre antaranya Dj iRa,Dj TiHaGaNu,Dj Lovechemical Dj Ayi's dan Dj Ecah boleh dikatakan Dj baru yang mula menceriakan lagi ruang Radio Internet.Selain dari Radio ini,Pihak CeriaFM ada juga membuka ruangan chatting iaitu di http://www.ceriachat.net/ dimana anda boleh membuat request lagu sambil berjumpa dengan rakan-rakan komuniti yang berada di Malaysia,Singapore,Indonesia,United Kingdoms,New Zealand dan Saudi Arabia.

Diruangan http://www.ceriachat.net/ bukan sahaja kita berborak dengan rakan-rakan tetapi anda juga boleh menguji minda anda diruangan #CeriaKuiz manakala bagi mereka yang meminati Uno,Anda boleh memasuki ruang #CeriaUNO dimana terdapat hadiah disediakan bagi pemenang bulanan.Bagi mereka yang meminati karya,anda boleh mengunjungi ruang Portal yang akan disediakan tidak lama lagi.Jika diberi peluang,berkemungkinan Karya hasil tulisan anda menjadi bahan yang akan dibawa ke ruang Radio Online CeriaFM seperti puisi yang akan dideklemasikan oleh para Dj yang bertugas.Dan sekiranya anda berminat untuk menghantar rakaman anda menyanyi,berpuisi,drama,iklan atau apa sahaja idea anda boleh terus berjumpa dj-dj yang online atau anda boleh menghantar melalui email infoceriafm@gmail.com @ hanzsulaiman@yahoo.com @ hanzsulaiman@ceriachat.net ..

Sekiranya anda berminat menjadi Dj diceriaFM ini..Anda boleh menghubungi Dj HaNs @ Dj Ricky @ Dj Tuan untuk mendapat infomasi mengenai Dj Radio CeriaFM.Semoga Kehadiran Radio Online CeriaFM ini Dapat memberi keceriaan Dalam Kehidupan anda Semua seperti TagLine Kami "Lebih Ceria Daripada Biasa "
 
◄Design by Pocket